Friday, January 20, 2012

Hati-hati Dengan Hati..


Hati mengikut fitrahnya adalah suci bersih tanpa secalit noda atau dosa.Hati akan menjadi baik jika pemiliknya sentiasa memeliharanya dengan zikrullah serta melakukan perkara-perkara yang positif.Ia juga akan menjadi keras atau berkarat jika tidak dijaga malah tercemar oleh noda-noda dunia.Tiga aspek yang perlu diamalkan bagi memperoleh semula hati yang bersih demi menguatkan cahaya iman ialah ilmu,mujahadah dan berdisiplin..

Monday, May 10, 2010

Pemimpin yang adil..

Pemimpin Yang Adil Mendapat Kedudukan Tinggi Disisi Allah
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”.Riwayat Muslim


Huraian
1. Allah akan memberikan tempat yang paling mulia bagi sesiapa yang berlaku adil semasa hidup di dunia sama ada di dalam urusan negara atau pun rumah tangga atau sesiapa yang berada di bawah tadbirannya.
2. Islam menuntut umatnya berlaku adil terhadap semua golongan manusia tanpa mengira umur, pangkat dan darjat bahkan melarang keras sebarang perbuatan zalim, penindasan dan pilih kasih.
3. Kepimpinan adalah satu tugas yang amat berat kerana seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah dan manusia. Oleh itu sewajarnyalah ia tidak menjadi rebutan kecuali bagi orang yang benar-benar sanggup memikulnya.

(Sedarlah wahai insan-insan yang bergelar pemimpin..laksanakanlah tanggungjawabmu dengan sebaik-baiknya kerana itu akan dipersoalkan di akhirat kelak..sesungguhnya,pemimpin yang tidak menjalankan amanah yang diberi,akan disarungkan baju yang panas di padang masyhar kelak..)

Tuesday, February 16, 2010

As-syahid Imam Hassan Al-Banna


Salam...pada tanggal 12 februari 1949,pada hari yang cerah di sebuah pasar di kaherah,Imam HAB telah di tembak oleh anjing-anjing kerajaan di hadapan bangunan persatuan pemuda islam..selepas beliau di bawa ke hospital,beliau telah di biarkan terlantar di atas lantai dengan darah yang masih mengalir tanpa ada nya bantuan daripada sesiapa pun untuk menyelamatkan beliau..dua jam selepas beliau di tembak,beliau meninggal dunia menuju Illahi..tiada seorang pun yang diheret ke muka pengadilan..begitulah kejam nya musuh-musuh islam..sedekahkan lah Al-Fatihah buat beliau..semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan di sayangi Allah s.w.t..

Monday, February 8, 2010

amirul mukminin...


salam...melihat gambarnya,hati kita menjadi tenang..bersesuaian dengan gelaran AMIRUL MUKMININ yang di berikan oleh orang ramai kepada nya..huda mengharapkan agar Allah s.w.t memelihara dirinya walau dalam apa jua keadaan dan masalah yang dihadapi nya...sikap beliau yang tenang dan zuhud membuatkan semua orang tenang bila bersama beliau..Semoga Allah merahmatinya setiap masa...ameen...wassalam..

alam barzakh...



hayatilah klip video ini..moga kita terkesan dengan lirik nya..

yvonne ridley in taliban...



salam...seseorang telah mencadangkan huda untuk berkongsi sesuatu yang amat bermakna buat kaum hawa...hayatilah wahai sahabat-sahabat ku....

Saturday, February 6, 2010

perhimpunan di padang masyhar...

Hadith :
Dari Abi Hurairah r.a ., bahawa Nabi s.a.w bersabda: “ Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing.”



Riwayat Bukhari dan Muslim



Huraian
1. Untuk menzahirkan tanda kesangatan murka Tuhan Yang Maha Adil terhadap orang-orang yang bersalah maka pada masa itu didekatkan matahari kepada kepala manusia dan dibawa datang Neraka jahannam ke padang Mahsyar serta diberikannya bercakap menyatakan jenis-jenis orang yang diserahkan kepadanya menjalankan hukuman azab seksanya.
2. Bagi orang yang beriman, mereka mendapat pertolongan Allah seawalnya


(di petik dari iluvislam.com)